Laman Web E-Participation Hala Tuju Sabah Maju Jaya - Pelan Pembangunan SMJ 1.0 : (2021-2025)
Sabah Maju Jaya yang merupakan slogan Jata Negeri sejak sekian lama telah diangkat sebagai nama pelan pembangunan Negeri Sabah bagi tahun 2021-2025, untuk membawa citra inklusiviti, pemilikan bersama dan kebertanggungjawaban setiap anak Sabah untuk menjayakan agenda pembangunan negeri.Hala Tuju Sabah Maju Jaya berfungsi sebagai panduan hala tuju dasar dan program kerajaan, seterusnya memandu arah pelaksanaan secara terancang dan strategik, untuk mencapai sasaran dan matlamat yang bertepatan dengan keperluan pembangunan negeri.
*Input dan idea anda amat dihargai untuk kita menjayakan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021-2025.
*Gunakan borang ini untuk menghantar pendapat anda.
*Anda tidak perlu meletakkan nama anda di borang ini.
Photo by Ryan 'O' Niel